Ahad, 23 Disember 2012

Fasa Kehidupan



Bismilahhirrahmanirrahim.

Ada satu fasa,
di mana kita belajar tentang kehidupan.
Belajar tentang manusia.
Belajar tentang persahabatan.
Belajar tentang semuanya.

“Once you meet someone, you never really forget them.”
:)

Aku,
Sedang rindu.
Saat pertama kali hati disentuh tarbiyyah.
Bersama sahabat-sahabat sejiwa.
Sungguh,
aku rindu mahu berpeluk mesra,
laga pipi tanda kasih sentiasa.
Mahu duduk dalam bulatan gembira,
sama-sama gelak tawa,
susun madah dalam melengkap rasa,
pada Tuhan yang Maha Kuasa.

Tuhan,
bantu aku,
kirim doa buat mereka,
insan-insan kecintaanku.

--Sahabat, moga Allah terus menjaga kalian.--
Juga, moga terus bahagia.


Ada ketika kita bersama daam jatuh,bangun bersama
Itulah saat kita saling mendoakan, tanpa perlu saling tahu.
- Tia Setiawati Priatna

CeritaHati : Hati aku sedang menanggung satu rasa. Sabar, Tuhan itu ada sama aku, kau dan mereka kan? Hati aku, mohon maaf pada semua jika ada silap yang tertera. :')

NotaKaki : Sejauh apa pun jarak itu, syukurilah, kerana setidaknya kita masih memiliki kesempatan untuk bertemu. Saat ‘jarak’ yang lain telah memisahkan kita dengan orang yang kita sayang, kesempatan itu tidak akan dapat kita miliki lagi.
#sahabat-sahabat yang tidak lagi bersamaku..kamu tetap dalam doaku..


Bila jarak memisahkan kita, aku sering melihat langit di luar jendela, dan aku percaya, kita sebenarnya dekat, kerana kau juga melihat langit yang sama.. kan3?? (*_^)v !

*Tengok-tengok foto lama, yang menyimpan kenangan seribu satu makna. Aku rindu ukhuwwah yang termeterai rasa cinta itu. Aku rindu jiwa ditarbiyyah, dengan semua asakan akan cinta pada Tuhan. Bila hati sudah jatuh cinta sama tarbiyyah, sungguh buat aku lupa pada cinta sama manusia. Rindu, rindu dan rindu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan