Ahad, 23 Disember 2012

perjalanan hidup



Assalamualaikum..

Salam sedingin lavender buat sahabat-sahabat... Apa khabar iman? Hati? aku doakan moga kalian semua sentiasa dalam iman, insyaALLAH.. Alhamdulillah, ALLAH masih bagi ruang dan kesempatan pada kita kan untuk bernafas lagi. Dah ucap syukur, terima kasih pada ALLAH? Jangan nak berat-berat mulut sangat. Jangan nak malas-malas, jangan nak kedekut sangat. Ucap alhamdulillah je pun. Tak susah, perkara mudah ni.”Alhamdulillah” Semua yang kita ada sekarang, ALLAH bagi pinjam je tau, so pepandailah jaga dan hargainya. Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar Nabi saw, keluarga dan sahabat Baginda. Hari ni dah selawat ke atas Nabi? Alaa, perkara mudah ni, kalau hari-hari boleh "nyanyi" & "hafal" lagu korea, selit-selitkanlah jugak selawat. Tak salah nak berhibur, tapi carilah hiburan yang mendidik jiwa dan mendekatkan diri pada ALLAH.. J

Dalam derita ada bahagia..
Dalam gembira mungkin terselit duka..
Tak siapa tahu..
Tak siapa pinta ujian bertamu..

Pernah tengok ombak di pantai tak? Alaa, ombak.. Pernah pergi pantai kan? Kalau tak pernah, nanti bila pergi cuba tengok dan dengar bunyi desiran ombak kat pantai.. Ombak tu olwez menderu tanpa henti kan? Haa, kamu tahu tak, ianya boleh diibaratkan macam kehidupan kita ni. Takkan surut dari didatangi UJIAN. Tapi kalian tak boleh tau nak mempersoalkan takdir ALLAH. Siapalah kita nak menidakkan qada' dan qadar ALLAH. ALLAH dah bagitahu kat kita dalam ayat-ayatNYA :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[2:286]

Haa, setiap yang ALLAH bagi pada kita tu, ALLAH tau yang kita ni boleh hadapinya. Sebab? Eh, DIA yang ciptakan kita, tentu sekali DIA tau apa yang terbaik buat kita. Alaa, aka faham. Kadang-kadang aku pun rasa JATUH sangat, hinggakan tak ada sesiapa yang nak sambut langkahan aku  tuk bangun semula. (Harapnya bila dikirimkan "dia" oleh DIA, dapatlah jadi penyambut langkahan aku) Tapi kita kena yakin, itukan janji ALLAH. ALLAH takkan datangkan ujian pada hamba yang dia tak sayang tau. Sebab DIA sayang kita la DIA bagi ujian. DIA nak kita jadi lebih kuat. Ana yakin, dengan ujian ni, buat kita lebih dekat dengan ALLAH kan? Manusia memang macam tu, macam aku jugak, bila susah baru ingat ALLAH. Tapi memang tu kelemahan kita. Sebab tu ALLAH datangkan ujian, tanda DIA sayang kita, supaya kita lebih dekat kepadaNYA.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]

Setiap ujian yang DIA datangkan adalah untuk buat kita lebih dekat denganNYA. Tapi tu terpulang pada cara kita terima ujian tu. Kalau kita redha, insyaALLAH kita akan lebih dekat denganNYA tapi kalau kita mengeluh dan tak dapat terima ujian tu, jadilah sebaliknya. Ingat, lepas mendung kelam dan hujan yang lebat, akan muncul sebuah pelangi indah kan? Macam tu lah jugak, usai kepahitan ditanggung, ALLAH takkan lupa untuk gantikan kemanisan yang indah.

“Kerena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
[94:5-6]

Andai hari ini kita MERANCANG, rancanglah SEKEMAS mungkin. TAPI... jangan LUPA pada TAKDIR yang menentukan segalanya... kerana nanti saat kita KECEWA, kita pasti akan redha dengan ketentuan yang MAHA KUASA... sengaja DIA tentukan demikian agar kita terus berhati-hati pada lusa yang menjelma.. kita merancang DIA merancang, namun DIA adalah sebaik-baik Perancang..

CeritaHati: "HATI" aku memang sedang diuji. Semoga Allah memberi aku kekuatan.. Kuat Nabila ! ALLAH sentiasa disisi..  Doakan aku sahabat-sahabat!
"Senyumlah pada takdir. pasti takdir kan tersenyum padamu."
(Terima kasih kepada pemberi kata-kata ini)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan